RM950,000 peruntukan baikpulih rumah di Pahang - Utusan Malaysia

RM950,000 peruntukan baikpulih rumah di Pahang

AKMAL NASRULLAH Mohd. Nasir (dua dari kanan) ketika hadir pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) di Dewan Teja Skill, Tanjung Lumpur di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan memperuntukkan RM950,000 bagi Program Baik Pulih Rumah di Bandar yang memanfaatkan 63 ketua isi rumah (KIR) di negeri ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, setiap KIR menerima bantuan kadar maksimum sebanyak RM15,000 bagi tujuan memperbaiki rumah mereka.

Menurutnya, bagi melengkapi projek itu, kerajaan melantik pihak berkuasa tempatan (PBT) sebagai pelaksana.

“Program itu juga turut melibatkan rumah yang didiami rosak disebabkan faktor usia atau bencana namun masih ekonomik untuk dibaiki.

“Pembaikan itu melibatkan komponen-komponen asas rumah seperti bumbung, dinding, lantai dan tingkap,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) di Dewan Teja Skill, Tanjung Lumpur di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut mendapat kelulusan daripada kerajaan untuk menaikkan peruntukan kepada RM20,000 berbanding RM15,000 sebelum ini.

Jelasnya, kenaikan yang mendapat kelulusan bagi projek-projek yang bakal dijana pada tahun hadapan itu bagi membolehkan kerja baikpulih dilakukan secara lebih menyeluruh.

“Sebelum ini KPKT memperuntukkan RM40.26 juta bagi projek membaik pulih rumah yang memanfaatkan 2,534 KIR di seluruh negara sementara RM2 juta untuk pembinaan rumah baharu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya