Tidak pernah sekali saya bayar untuk makan, semuanya DJ Kidd - Emma Maembong - Utusan Malaysia

Tidak pernah sekali saya bayar untuk makan, semuanya DJ Kidd – Emma Maembong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pelakon, Emma Maembong berkata, jejaka yang dikaitkan menjalin hubungan cinta dengannya, DJ Kidd memiliki ciri lelaki idaman iaitu rajin bekerja dan bertanggungjawab.

Bagi Emma, kekayaan bukanlah kayu ukur kebahagiaan sebaliknya rasa sayang dan mendahulukan keluarga dalam banyak hal.

“Dia (DJ Kidd) seorang yang sangat bekerja keras dan suka buat saya ketawa. Dari dulu orang tanya apa ciri-ciri idaman lelaki yang saya nak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jawapan saya adalah saya tak kisah dia kaya atau tidak yang penting dia perlu pentingkan keluarga, pandai bawa diri dan bertanggungjawab.

“Saya merupakan seorang yang pentingkan keluarga jadi semua itu ada pada dia walaupun pekerjaannha begitu tapi insya-Allah kalau ada rezeki yang bagus akan jadi bagus,” katanya.

Emma ditemui semasa Anugerah Melodi Terhangat (AMT) yang berlangsung di Selangor International Trade Centre (SITC), di sini malam tadi.

Tambah Emma lagi, pengalaman DJ Kidd sebagai seorang bapa menjadi bonus kerana dia lebih mahir menguruskan anak-anak.

“Sifat kebapaan dia sangat tinggi. Dia pun dah ada dua orang anak jadi bila dengan anak saya dia automatik tahu macam mana nak jaga,” tambahnya.

Walaupun DJ Kidd pernah berkongsi bahawa kehadiran Emma seolah-olah membuka banyak rezeki buatnya, namun pelakon Seribu Tahun itu menegaskan jejaka itu tidak pernah membiarkannya membayar apapun setiap kali keluar bersama.

“Dia sangat kuat bekerja untuk mendapatkan sesuatu. Dia sanggup kerja siang malam untuk beri komitmen buat saya. Tak pernah sekali saya bayar untuk makan atau perbelanjaan lain, semuanya dia yang bayar.

“Walaupun kadang-kadang pendapatannya tidak menentu tetapi dia tetap akan bayar. Jadi disebabkan itulah saya rasa rezeki dia mencurah-curah.

“Insya-Allah mana tahu satu hari nanti dia akan kaya dan dia menjaga saya, kita tak tahu (masa depan). Tetapi saya tak pandang pun itu semua, yang saya pandang hanyalah hati dia saja.

“Jadi segala usaha yang dia tunjukkan itu membuat saya rasa dia bukanlah pilihan yang teruk,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini