Forum Nasional: Kerangka Kerjaya Industri GiG di Malaysia, esok - Utusan Malaysia

Forum Nasional: Kerangka Kerjaya Industri GiG di Malaysia, esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kesatuan Sekerja UMNO dan Komuniti GiG Malaysia akan menganjurkan Forum Nasional: Kerangka Kerjaya Industri GiG di Malaysia, esok.

Forum itu dijadualkan bermula pukul 8 pagi hingga 2 petang di Dewan Tun Hussein Onn, World Trade Center (WTC), Kuala Lumpur.

Ketua Sekretariat NGO dan Kesatuan Sekerja UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, forum itu dijadualkan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Forum hari ini bukan sekadar forum biasa. Ia adalah refleksi kepada dedikasi dan komitmen kita untuk memperkasakan penggiat Komuniti GiG di Malaysia berlandaskan semangat
Malaysia Madani.

“Semangat ini menekankan pentingnya perpaduan dan harmoni dalam pelbagai sektor termasuk industri
GiG ini yang merangkumi hampir 1.2 juta penggiat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Sharkar berkata, forum ini rentetan penyerahan memorandum dan resolusi oleh penggiat industri GiG kepada Timbalan Perdana Menteri pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya