Industri hasil pakaian fesyen murah dikekang - Utusan Malaysia

Industri hasil pakaian fesyen murah dikekang

LOGO aplikasi beli-belah China Taobao (kedua dari kanan), AliExpress (kiri), Shein (kanan) dan Temu pada skrin sebuah telefon pintar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Parlimen Perancis pada Isnin meluluskan rang undang-undang yang bertujuan mengekang peningkatan industri fesyen pantas dengan menyasarkan platform e-dagang utama dari Asia seperti Shein dan Temu.

Rang undang-undang yang pertama kali dibentangkan kira-kira dua setengah tahun lalu itu bertujuan mengawal selia syarikat yang mengamalkan konsep fesyen ultra pantas yang terkenal kerana menjual pakaian dalam kuantiti besar pada harga yang sangat murah tetapi berkualiti rendah.

Mudah dipesan dan diganti, produk fesyen pantas menyumbang kepada pencemaran daripada industri tekstil, yang dianggarkan menghasilkan hampir 10 peratus daripada jumlah pelepasan gas rumah hijau global.

Dewan Senat meluluskan rang undang-undang itu pada Isnin selepas Dewan Kebangsaan meluluskannya minggu lalu.

Undang-undang baharu itu bakal mengenakan surcaj bagi setiap item pakaian yang dihasilkan secara besar-besaran. Kadarnya akan meningkat dari semasa ke semasa selain pengharaman iklan bagi jenama fesyen ultra-segera, termasuk pengiklanan oleh pempengaruh media sosial.

Ahli-ahli parlimen berharap langkah itu dapat menyekat syarikat e-dagang Asia yang menyaksikan lonjakan populariti luar biasa di Perancis sejak kebelakangan ini.

Menteri Perdagangan, Serge Papin minggu lalu menyatakan bahawa rang undang-undang tersebut secara khusus menyasarkan tiga syarikat utama yang menurut beliau menjadi pemacu kepada lonjakan trend fesyen ultra-segera itu.

“Nama-nama syarikat ini, yang masih tidak dikenali tiga tahun lalu kini menular di bibir setiap penduduk di Perancis iaitu Temu, Shein dan AliExpress,” katanya.

Bagaimanapun, uandang-undang tersebut menerima kritikan kerana dilihat ‘melepaskan’ syarikat-syarikat Eropah dan Perancis sendiri seperti Zara dan Kiabi.

Ia  menyebabkan beberapa ahli parlimen berhaluan kiri di kedua-dua dewan memilih untuk berkecuali semasa sesi pengundian. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN