Tolak rayuan pengguguran empat syarat lesen pengurusan sisa kilang Lynas tidak ikut data, fakta - Utusan Malaysia

Tolak rayuan pengguguran empat syarat lesen pengurusan sisa kilang Lynas tidak ikut data, fakta

ANDANSURA Rabu (kanan) dalam sidang akhbar selepas Jamuan Aidilfitri Keluarga Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Penolakan rayuan Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) untuk menggugurkan empat syarat lesen yang ditetapkan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) didakwa tidak berdasarkan data dan fakta berhubung pengoperasian kilang memproses nadir bumi tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu berkata, kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) digesa mempertimbangkan semula keputusan itu yang didakwa dibuat berdasarkan kepada persepsi, emosi serta bermotifkan politik.

“Beri keadilan kepada Lynas, syarikat ini sudah lama membawa perniagaan di sini dan hampir RM3 bilion (nilai pelaburan), keputusan itu boleh memberikan kesan kepada pelabur lain serta keyakinan mereka terjejas.

“Kalau betul Lynas boleh mencemarkan alam sekitar dan menjejaskan kesihatan, kita setuju tindakan diambil. Namun, setakat 12 tahun beroperasi tidak ada (satu pun kes). Data boleh diteliti di beberapa laman sesawang Jabatan Alam Sekitar ada, AELB dan kesihatan kerana ia disiarkan secara umum.

“Malah, pekerja mereka (Lynas) tiada seorang pun yang sakit terkesan daripada (aktiviti) yang mereka jalankan,” katanya kepada pemberita selepas Jamuan Aidilfitri Keluarga Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota di sini semalam.

Sebelum ini, AELB menolak permohonan Lynas untuk menggugurkan empat syarat lesen berkaitan pengurusan sisa Water Leach Purification (WLP) selepas Julai 2023, aktiviti cracking and leaching’ (C&L) di Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) dan pengimportan pekatan lantanid dari Australia.

Keputusan itu bermakna Lynas tidak lagi boleh menghasilkan sisa radioaktif tambahan selepas Julai 2023.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang baru-baru ini berkata, selepas pertimbangan, beliau memutuskan untuk menolak rayuan Lynas itu selepas satu sesi pendengaran diadakan pada 28 April lalu bagi mendengar rayuan Lynas berhubung keputusan AELB itu.

Namun, Lih Kang bersetuju untuk melanjutkan tempoh operasi kilang C&L Lynas sehingga 31 Disember ini selepas mengambil kira kesan keputusan terhadap rantaian bekalan nadir bumi di peringkat global.

Mengulas lanjut, Andansura berkata, keputusan kerajaan itu dilihat berkisar kepada persepsi semata-mata yang didakwa sebelum ini tentang kilang memproses nadir bumi itu.

“Kita lihat keputusan Mosti hanya kepada cerita 15 tahun dulu, banyak persepsi yang dibawa (pada ketika itu). Jadi, kita perlu tukar perkara tersebut (persepsi) dengan melihat data dan fakta pengoperasian Lynas sepanjang 12 tahun ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya