Amaran hujan berterusan di empat negeri hingga 11 November

Amaran hujan berterusan di empat negeri hingga 11 November

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan, Pahang dan Sabah sehingga 11 November ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr. Mohd Hisham Mohd Anip berkata, analisis model ramalan cuaca menunjukkan luruan monsun dijangka memasuki rantau negara dari 9 hingga 11 November.

“Keadaan ini berpotensi membawa hujan lebat berterusan di pantai timur Semenanjung dan timur Sabah dalam tempoh tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd Hisham berkata, amaran di Kelantan melibatkan Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Machang, Bachok, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Jeli.

“Amaran sama turut meliputi seluruh Terengganu serta Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

“Sementara itu, amaran di Sabah berkuat kuasa dari 9 hingga 11 November, melibatkan Kudat serta Paitan, Telupid, Labuk dan Sugut, Sandakan dan Kinabatangan di bahagian Sandakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini