Remaja perempuan maut dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan

Remaja perempuan maut dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan tempat letak kereta bertingkat di sebuah pangsapuri penjawat awam di sini hari ini.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham ketika dihubungi hari ini.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tempat letak kereta bertingkat sebelum ditemukan oleh seorang saksi awam dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa ditemukan di kawasan berhampiran bangunan tersebut kira-kira pukul 5.45 pagi dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR). Siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini tiada unsur jenayah dikesan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini