1,036 peserta cipta rekod jahit logo Kemas serentak

1,036 peserta cipta rekod jahit logo Kemas serentak

JABATAN Kemajuan Masyarakat (Kemas) berjaya meraih pengiktirafan rasmi Malaysian Book of Records (MBOR) menerusi penyertaan 1,036 peserta yang menjahit logo Kemas secara serentak pada 1,036 pasang baju seragam Tabika Kemas.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) melakar sejarah apabila berjaya meraih pengiktirafan rasmi Malaysian Book of Records (MBOR) menerusi penyertaan 1,036 peserta yang menjahit logo Kemas secara serentak pada 1,036 pasang baju seragam Tabika Kemas.

Pencapaian itu diraih menerusi Program Jahitan Logo Kemas Largest Sewing Event sempena majlis penutupan Festival Masyarakat Tahun 2026 (FESMA 2026) di Universiti Islam Selangor (UIS), Bangi hari ini.

Kemas dalam kenyataan di sini berkata, semua baju seragam lelaki dan perempuan berkenaan akan melalui proses kawalan kualiti sebelum disalurkan kepada kanak-kanak Tabika Kemas yang dikenal pasti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Inisiatif ini membuktikan keupayaan Kemas menggerakkan kemahiran dan penyertaan komuniti bagi menghasilkan manfaat secara langsung kepada masyarakat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Terengganu dinobatkan sebagai juara keseluruhan Akademi Alpha Gen Talents @ Kemas (AAGT).

Bagi pertandingan Huffaz Cilik, Sabah muncul juara kategori lima tahun, manakala Pahang mengungguli kategori enam tahun.

Dalam acara sukan AAGT pula, Perak menjuarai futsal, sementara Terengganu mengungguli pertandingan bola jaring dan Kids Athletics.

Kemas berkata, Hari Kemahiran Kemas turut mengetengahkan pelbagai pertandingan berasaskan kemahiran tradisional, digital dan keusahawanan yang memperlihatkan kreativiti peserta dari seluruh negara.

Festival Kesenian Islam Peringkat Kebangsaan (i-Fest) turut memeriahkan festival berkenaan menerusi pertandingan kompang dan marhaban.

Kumpulan Soutur Rahman Legend dari Sabah menjuarai pertandingan kompang, manakala Al Hilal dari Wilayah Persekutuan muncul juara marhaban.

“Penganjuran FESMA 2026 mencerminkan komitmen Kemas dalam memperkasa kemahiran, mencungkil bakat serta memelihara warisan dan budaya masyarakat melalui penglibatan komuniti di seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini