Warganegara Bangladesh maut jatuh Sungai Nenggiri

Warganegara Bangladesh maut jatuh Sungai Nenggiri

MAYAT warganegara Bangladesh (terbaring) yang ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Nenggiri ketika melakukan kerja di tapak projek Hidroelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Star, Gua Musang, Kelantan, semalam.UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seorang buruh warganegara Bangladesh ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam Sungai Nenggiri semasa sedang melakukan kerja-kerja di tapak projek Hidroelektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Star di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Md. Kashem Sikdar, 35, dipercayai telah terjatuh ke dalam sungai berkenaan bersama besi paip yang dipanjatnya ketika sedang bekerja.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian tersebut sempat dilihat oleh seorang penyelia yang bertugas kawasan tersebut.

Menurutnya, semasa kerja-kerja melakukan kerja-kerja di kawasan tapak mangsa lengkap memakai peralatan keselamatan.

“Pada pukul 12.40 tengah hari mangsa telah berjaya dinaikkan ke darat menggunakan sampan.

“Terdahulu, usaha menyelamat mangsa menjadi sukar dibuat kerana arus sungai yang deras,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, mengikut maklumat mangsa telah bekerja selama enam bulan di tapak pembinaan hidroelektrik tersebut dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Katanya, siasatan di tempat kejadian tidak terdapat unsur-unsur jenayah dalam kematian mangsa.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya