Pelan MediAsas sedia jaringan keselamatan kewangan, kesihatan rakyat

Pelan MediAsas sedia jaringan keselamatan kewangan, kesihatan rakyat

DZULKEFLY Ahmad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelan MediAsas yang dijadualkan dilancarkan pada Januari 2027 dijangka menjadi jaringan perlindungan kewangan dan kesihatan bagi golongan pertengahan (M40) yang semakin terbeban dengan peningkatan kos perubatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pelan tersebut bakal memberi perlindungan kepada golongan M40 dengan kos tanpa caj tersembunyi mahupun melampau.

“Ketika ini sejumlah 340,000 polisi insurans swasta dilepaskan (surrender) oleh pemegang polisi akibat tidak mampu membayar premium swasta, dan rakyat membanjiri fasiliti kerajaan, justeru kementerian tampil dengan jaringan keselamatan kewangan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada rakyat yang patut jatuh miskin hanya kerana mahu berubat, justeru perlindungan kewangan kesihatan MADANI ini tampil dengan menawarkan skim perlindungan asas mampu milik,” katanya di Facebook hari ini.

Dzulkefly berkata, projek rintis Pelan MediAsas yang dilaksanakan di Lembah Klang sejak akhir Julai itu turut menawarkan kemudahan pembayaran fleksibel melalui Akaun Sejahtera (Akaun Dua) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu mengurangkan beban kewangan bulanan pemegang polisi.

Menurut beliau, untuk kumpulan rentan pula, Tabung Bantuan Perubatan dinaikkan sebanyak 50 peratus kepada RM60 juta daripada RM40 juta sebelum ini, khusus untuk membiayai keperluan alat perubatan berharga tinggi seperti implan tulang dan stent jantung.

Sejumlah RM80 juta disediakan untuk program Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40), katanya.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, MediAsas yang menyediakan perlindungan untuk individu sehingga 85 tahun, akan ditawarkan sebagai pelan perlindungan insurans perubatan dan takaful berasingan merangkumi dua pilihan produk iaitu MediAsas Teras (pelan standard) dan MediAsas Fleksi (pelan standard-plus). – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini