‘Saya memang orang presiden’

‘Saya memang orang presiden’

AZHAR AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKADIMAH
Dalam keadaan ramai pemimpin baharu dipilih pada pemilihan UMNO kali ini, Senator Datuk Dr. Azhar Ahmad masih dipilih mengekalkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Beruas. Beliau berkata, perwakilan di kawasannya mungkin melihat kepentingan seseorang yang boleh menyuarakan sesuatu isu ke peringkat nasional, jadi beliau mempunyai kapasiti sebagai ahli Dewan Negara untuk melaksanakan perkara itu. Ikuti temubual eksklusif bersama wartawan ASLINDA NASIR di bangunan Parlimen, baru-baru ini.

 

UTUSAN: Apa komen Datuk secara keseluruhan terhadap keseluruhan pemimpin dalam pemilihan UMNO 2023/2026?

AZHAR: Perwakilan kali ini cukup matang, mereka memberi undi kepada orang yang bekerja untuk parti, khususnya mereka lihat pada 2018 siapa buat kerja, siapa tidak buat kerja, ada penilaian yang saya lihat istimewa daripada perwakilan-perwakilan. 70 peratus perwakilan menilai kerja-kerja pemimpin, 30 peratus lagi ikut isu semasa dan hal-hal lain.

Tetapi secara keseluruhannya, perwakilan ketika ini menilai sewaktu kita susah, orang banyak lari dari UMNO sejak 2018, akhirnya mereka menilai dan memberi semula kepercayaan itu kepada kita, walaupun tikam, fitnah, tetapi kalau kita buat kerja dan kita sentiasa mendampingi mereka, itu yang mungkin membuatkan saya menang.

Yakin menang di peringkat awal?

Saya memang yakin dari awal saya menang sebab saya buat kerja, mungkin orang lain tidak nampak, mungkin orang lain yang bertanding juga nampak mereka yakin mereka menang. Pada saya, ia berasaskan saya jaga ketua parti, ketua cawangan saya jaga dari awal, saya mendampingi mereka, jadi barangkali orang tidak tahu, itu lah hasilnya, undi memihak kepada saya hampir 231 undi berbanding pencabar 83 undi. Terima kasih perwakilan.

Ada atau tidak orang melabel Datuk sebagai propresiden?

Saya memang orang presiden, tentulah saya menyokong 1000 peratus kepada presiden, sebagai ahli parti, kita perlu ikut keputusan parti dan bukan individu, individu adalah kawan kita, parti adalah parti kita. Kita kena patuh akur dan setia pada dia. Kalau orang nak menilai yang sebaliknya, itu mereka punya hal lah.

Pembaharuan yang Datuk akan lakukan selaku Ketua Bahagian bagi penggal kedua?

Saya akan teruskan apa yang dirancang, kita bukan boleh ada visi misi banyak sangat, misi kita ikut presiden, itu sahaja, soal pembangunan itu kita pandai sendirilah untuk kepen­tingan orang Beruas, saya akan gunakan kapasiti sebagai ahli Dewan negara.

Apa kelompongan yang perlu diperbaiki dalam UMNO?

Bila ada pertandingan, mesti ada yang kecil hati, itu kena dibaiki, ada nilai-nilai universal yang penuh kasih dan sayang, kena wujudkan kembali perasaan itu, yang menang bukan menang semua, yang kalah pun bukan kalah semua. Kasih pada orang yang mahu, kalau dah benci sangat, kita tidak boleh kata apa, saya yakin tentu ada yang bersifat begitu sebab kita ini bersifat baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN