JKPP sumbang RM40,000 bantu peneroka Jengka 2 bina rumah baharu - Utusan Malaysia

JKPP sumbang RM40,000 bantu peneroka Jengka 2 bina rumah baharu

ZARIAH Harun (tiga kanan) menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan Kecemasan Peneroka (TKKP) bernilai RM40,000 kepada Siti Hajar Abd. Latif (tiga kiri) di Felda Jengka 2 di Maran, Pahang. - FOTO/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) menyumbang RM40,000 kepada peneroka Felda Jengka 2 di sini, Abd. Latif Jausin bagi menampung kos membina baharu rumahnya yang musnah terbakar, 15 Disember tahun lalu.

Ahli Jawatankuasa JKPP Kebangsaan, Zariah Harun berkata, peruntukan itu daripada Tabung Kebajikan Kecemasan Peneroka (TKKP) yang ditubuhkan pada 1 Mei tahun lalu.

“Abd.Latif antara penerima manfaat TKKP yang ditubuhkan bagi membantu peneroka, pengganti peneroka atau pentadbir yang ditimpa musibah seperti rumah kediaman terbakar,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan TKKP kepada Abd. Latif di Felda Jengka 2 di sini semalam.

Mengulas lanjut, Zariah berkata, TKKP mula aktif menghulurkan sumbangan kepada warga peneroka Felda bermula 1 Oktober tahun lalu.

Menurutnya, penubuhan TKKP berlandaskan prinsip ‘Satu Felda Satu Rasa’ yang mana sumbangan itu hasil caruman daripada ketua isi rumah peneroka seluruh negara.

Beliau yang juga Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Wilayah Jengka berkata, menurut rekod jumlah peneroka Felda seramai 112,635 yang ditempatkan di 317 buah rancangan seluruh negara.

Dalam kejadian pada 15 Disember tahun lalu, rumah milik Abd. Latif musnah dalam kebakaran di Felda Jengka 2 kira-kira pukul 9.05 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jengka, Raja Mohd. Arif Raja Shamsudin dilaporkan berkata, rumah separuh kekal berkeluasan 40×60 kali persegi itu musnah hampir 100 peratus ekoran kebakaran tersebut.

Kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada litar pintas bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan mangsa dan kematian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya