BN sebenarnya tidak dapat reda Allah

BN sebenarnya tidak dapat reda Allah

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pas tidak pernah mempergunakan atau menunggang agama dalam perjuangan politiknya, tegas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, dakwaan mengukur keredaan Allah hanya kepada parti yang membentuk kerajaan sahaja adalah kenya­taan yang tidak tepat.

“Menjadi kerajaan atau tidak bukan tanda Allah reda atau murka. Kalau itulah ukurannya, Nabi Muhammad tak jadi pemimpin di Mekah bukan bermakna baginda tidak mendapat keredaan Allah. Kerajaan Firaun yang zalim jadi pemimpin bukan bermakna Allah reda.

“Pas tidak pernah menunggang agama, sebaliknya menjadikan agama sebagai panduan dalam perjuangan, kita ikut apa yang Allah perintah walaupun dari segi politik kita rugi seperti menutup premis judi menyebabkan kaki judi tidak akan undi kita, namun kita buat kerana Allah mela­rang perjudian dan tiada agama membenarkan perjudian,” katanya menerusi WhatsApp semalam.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, mana-mana parti yang menjadikan Islam sebagai tunggangan mereka tidak akan mendapat keredaan Allah dan ia terbukti apabila ada parti yang memenangi banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) gagal membentuk kerajaan.

Tuan Ibrahim berkata, jika dilihat kepada keputusan PRU15, bermakna Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang tidak mendapat keredaan Allah.

“Kalau ikut logik yang beliau (Ahmad Zahid) nyatakan, BN kalah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor sebab tidak mendapat keredaan Allah lah,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×