Pas tetapi hadapi PRN Melaka walaupun PN dibatal - Utusan Malaysia

Pas tetapi hadapi PRN Melaka walaupun PN dibatal

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas tetap menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama parti komponen lain walaupun pendaftaran Perikatan Nasional (PN) dibatalkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu termasuk menghadapi PRN Melaka secara bersama dengan parti-parti PN yang sehaluan. 

Katanya, Pas kesal dengan tindakan RoS itu yang dilihat mendahului keputusan mahkamah, menghadkan hak demokrasi yang dijamin Perlembagaan, sekaligus memperlihatkan ketakutan yang sedang memuncak di pihak kerajaan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segala langkah seterusnya, termasuk persiapan menghadapi PRN Melaka dan tindakan di mahkamah bagi mencabar keputusan ini akan diambil secara bersama dengan parti-parti PN yang sehaluan. 

“Pas menghargai sokongan ahli, penyokong dan pengundi atas pagar yang mengharapkan berlaku perubahan dalam kepimpinan negara, serta menyeru semua pihak untuk menghormati undang-undang dan lunas demokrasi,” katanya dalam kenyataan,

Menurut Abdul Hadi, Pas mengesahkan segala aspek pentadbiran dan pengurusan PN dijalankan secara teratur dan mengikut perlembagaan parti, manakala keharmonian dalam kalangan parti anggota amat utuh, kecuali satu pihak yang telah menyisihkan diri dan berpaling arah. 

“Pas mengecam tindakan kerajaan membatalkan pendaftaran PN  melalui suatu notis daripada ROS bertarikh 20 Oktober 2026.

“Kami kesal dengan tindakan ini yang dilihat mendahului keputusan mahkamah, menghadkan hak demokrasi yang dijamin Perlembagaan, sekaligus memperlihatkan ketakutan yang sedang memuncak di pihak kerajaan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini