Bukti Pas gagal urus PN secara demokratik, telus

Bukti Pas gagal urus PN secara demokratik, telus

Bersatu kerjasama dengan PH
MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembatalan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) membuktikan kegagalan Pas mengurus berlandaskan prinsip demokrasi, ketelusan dan tadbir urus yang baik, selain cuba mengambil alih gabungan itu sehingga mengetepikan hak parti komponen.

Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Pas dan sekutunya cuba memberi gambaran seolah-olah mereka adalah mangsa politik serta cuba meraih simpati menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, kepemimpinan PN yang mengetepikan amalan urus tadbir yang baik dan telus telah menimbulkan keadaan yang boleh disifatkan sebagai satu ancaman dan tekanan untuk melucutkan keanggotaan serta menggugurkan Bersatu sebagai parti anggota yang sah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, ia dibuat melalui kuasa veto oleh individu yang bukan pemegang jawatan dalam Majlis Tertinggi PN.

“PN tidak boleh dibenarkan menjadi tempat berteduh kumpulan yang rakus kuasa politik dan cuba rampas (hijack) jenama gabungan itu yang sederhana, progresif serta cakna terhadap rakyat Malaysia.

“Hentikan propaganda dan politik identiti yang melampau. Hakikatnya, Pas gagal mengurus sebuah organisasi berteraskan prinsip demokrasi, urus tadbir yang baik dan sering mengkhianati rakan dalam perjuangan.

“Keputusan hari ini sekali gus membuktikan bahawa Bersatu berada di pihak yang benar untuk menyelamatkan PN. Sesungguhnya, mengetepikan kebenaran adalah perbuatan yang tercela,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Azmin berkata, pembatalan pendaftaran PN oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membuktikan PN yang dipimpin Pas telah melanggar Akta Pertubuhan 1966, peraturan berkaitan serta Perlembagaan PN.

Katanya, alasan dan keterangan yang diberikan PAS dalam siasatan RoS terbukti tidak berasas dan tidak memenuhi kehendak undang-undang serta Perlembagaan PN.

“Bersatu tuntas memberikan penjelasan berfakta dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa kepimpinan PN telah menafikan hak kami seperti dijamin oleh Perlembagaan PN dan seterusnya melanggar peruntukan dalam Akta Pertubuhan.

“Tindakan kepimpinan PN yang dipengerusikan oleh Pas menafikan hak Bersatu untuk menghadiri, memberi pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai 2026.

“Ia adalah satu kesalahan yang fatal (parah) dan pelanggaran Fasal 7.1 PN. Tindakan melanggar undang-undang membawa mudarat besar dan dampaknya akan menghancurkan masa depan PN,” katanya.

Menurutnya, aduan yang dibuat Bersatu pada 11 Ogos lalu bertujuan memastikan PN diurus dengan prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan dan berintegriti serta mematuhi semua kehendak undang-undang dan perlembagaan parti.

Katanya, walaupun keputusan RoS itu amat berat diterima kerana Bersatu adalah ahli asal penubuhan PN dan berjaya meletakkan asas kukuh sebuah perjuangan tetapi Bersatu menerima kenyataan bahawa PN mesti melaksanakan tanggungjawab selaras dengan Perlembagaan PN dan akta.

“Bersatu akan meneliti keputusan penuh RoS dan akan membincangkan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mengenai langkah-langkah seterusnya untuk membina semula keyakinan rakyat kepada sebuah gabungan parti-parti politik yang sederhana, membawa politik nilai dan membina gagasan baru demi Malaysia yang sejahtera untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini