PRU16: Utamakan UMNO bukti Pas semata-mata kejar kuasa, tiada semangat setiakawan - AMK

PRU16: Utamakan UMNO bukti Pas semata-mata kejar kuasa, tiada semangat setiakawan – AMK

MUHAMMAD IMAN HAZIQ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas menyingkirkan Bersatu daripada Petikatan Nasional (PN), dengan mementingkan Wawasan yang merupakan parti serpihan Bersatu, Pas kini menunjukkan sikap sebenar dengan lebih mengutamakan seteru lama, UMNO pula berbanding Wawasan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Muhammad Iman Haziq Mohammad Hamizi berkata, ini menunjukkan Pas tidak mempunyai semangat setiakawan sepertimana Pakatan Harapan (PH) kerana sanggup meminggirkan rakan gabungan yang ada semata-mata mahu melampiaskan nafsu untuk menduduki Putrajaya pada PRU16.

“Pas pandai menggunakan slogan penyatuan ummah untuk PRU16, tetapi hakikat yang kita semua dapat lihat ialah mereka sanggup berkawan dengan seteru politik sejak berdekad-dekad selepas melihat potensi dan peluang yang wujud untuk meraih keuntungan,” katanya hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, Pas akan mengutamakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) berbanding parti lain, termasuk Wawasan pimpinan Datuk Seri Hamzah Zainudin, dalam rundingan pakatan politik.

Hashim berkata, mesyuarat Majlis Syura Pas yang dipengerusikannya baru-baru ini bersetuju bahawa parti itu boleh mengadakan rundingan dengan mana-mana parti, tetapi UMNO perlu diberi keutamaan.

Mengakui bahawa usaha mengeratkan hubungan Pas dengan UMNO bukanlah mudah, beliau berkata kedua-dua parti perlu memanfaatkan sebaik-baiknya peluang untuk menyatukan kedua-dua parti.

Mengulas lanjut, Muhammad Iman berkata, rakyat harus menilai dengan bijak terutama selepas apa yang terjadi selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dengan kerajaan negeri menjadi tidak stabil selepas BN dan Pas menang dan berjaya menumbangkan PH. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini