Mustahil jajaran baharu UMNO-PKR pasca PRU15

Mustahil jajaran baharu UMNO-PKR pasca PRU15

NIK NAZMI NIK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mustahil bagi PKR untuk meninggalkan DAP dan Parti Amanah Negara dalam Pakatan Harapan (PH) bagi menubuhkan kerajaan campuran bersama UMNO pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, walaupun desas-desus mengenainya kian tersebar, beliau yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa berkata, pihaknya menafikan sekeras-kerasnya mengenai usaha itu kerana tiada rundingan mengenainya.

“PH bergerak solid dalam pasukan kami. Tiada perbincangan dengan UMNO. Kami masuk PRU untuk menang sebagai PH.

“Ya, (mustahil untuk PKR meninggalkan pasukan bersama DAP dan Amanah dalam PH),” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa, perbincangan sulit antara UMNO dan PKR dilakukan antara pasukan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pasukan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, perkara itu turut dinafikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung kerjasama antara kedua-dua parti itu bagi menghadapi PRU15. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN