Usaha Trump redakan harga diesel telan kos tinggi

Usaha Trump redakan harga diesel telan kos tinggi

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Usaha Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, meredakan kenaikan harga diesel menjelang pilihan raya pertengahan penggal terus gagal, meskipun pentadbirannya mengambil pelbagai langkah yang membebankan kewangan negara. 

Antara pendekatan diambil termasuk menawarkan bantuan berbilion dolar kepada petani, melonggarkan peraturan untuk pemandu lori, mengurangkan sekatan terhadap bahan api Russia dan mendesak sekutu Eropah melepaskan bekalan simpanan kecemasan.

Bagaimanapun, harga diesel AS meningkat hampir 10 sen segelen pada minggu lalu kepada purata AS$6.28 (RM25.65), sekali gus menamatkan penurunan selama dua minggu dan kekal menghampiri paras rekod tertinggi, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Memuatkan artikel berkaitan…

Kenaikan kos itu memberi tekanan politik kepada Trump ketika Parti Republikan berusaha mempertahankan majoriti tipis di Kongres. 

Tinjauan Reuters/Ipsos pada Oktober mendapati hampir 80 peratus rakyat Amerika menyalahkan Trump atas peningkatan kos.

Tekanan itu amat dirasai di negeri pertanian yang secara tradisinya menyokong Republikan, termasuk Iowa dan Kansas, apabila kenaikan harga bahan api serta baja, gangguan perdagangan serta kelemahan ekonomi sektor pertanian mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan sebahagian penyokong Trump.

Bagi meringankan beban petani, Trump mengumumkan bantuan baharu AS$8 bilion (RM32.6 bilion) ketika rapat umum di Kansas pada 19 Oktober. 

Langkah itu meningkatkan jumlah bayaran kerajaan kepada sektor pertanian kepada rekod AS$55.4bilion (RM226bilion) pada 2026, mengatasi paras tertinggi AS$45 bilion (RM183.8 bilion) pada 2020 ketika pandemik Covid-19.

Namun, bantuan kewangan itu tidak menangani secara langsung gangguan pasaran yang mendorong kenaikan harga bahan api dan baja. 

Pakar tinjauan pendapat dan saintis politik di Kolej Muhlenberg, Chris Borick, berkata Trump cenderung mengetepikan kerugian jangka panjang demi keuntungan jangka pendek, sambil mempersoalkan kemampuan langkah itu memberikan manfaat segera kepada rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini