Enam pelajar MRSM terlibat kes buli digantung sekolah - Utusan Malaysia

Enam pelajar MRSM terlibat kes buli digantung sekolah

TANGKAP layar rakaman video kejadian buli pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar yang tular. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP:  Enam pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Kuala Kangsar, Perak yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli digantung serta merta selama dua minggu persekolahan.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) MRSM turut mencadangkan semua pelajar terbabit ditamatkan pengajian mereka di institusi itu.

“JDM MRSM telah memanggil seramai 10 pelajar yang terlibat dengan insiden berkenaan. 

“Dalam laporan yang disediakan, seramai enam pelajar terlibat memukul mangsa buli berkenaan, manakala empat pelajar yang berada di lokasi kejadian telah didapati bersubahat dan membuat provokasi, pelajar-pelajar ini berada di tingkatan satu hingga tingkatan tiga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Ghazali Ibrahim, Ketua Wanita UMNO, Che Arpah Ariffin, Ketua Pemuda UMNO, Jasnizam Husni dan Ketua Puteri UMNO, Yusnaliza Ahmad.

Mahdzir memberitahu, pihak MRSM mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu dan tindakan.

“Malang bagi Maktab Rendah Sains MARA yang mempunyai pelajar-pelajar yang pandai, dipanggil temuduga sebagai saringan, kualiti pendidikan, ko-kurikulum dan jatidiri mereka diambil kira untuk kemasukan ke MRSM, 

“Tapi dalam banyak itu, ada lagi kes yang semacam ini. Saya amat kecewa sebagai menteri yang jaga MRSM.

“Tak sepatutnya pelajar-pelajar ini terdedah dengan perbuatan seumpama itu (buli). Jadi saya serahkan kepada pihak Mara untuk mengambil sebarang tindakan,” ujarnya.

Ditanya mengenai siasatan pihak polis terhadap kes berkenaan, Mahdzir berkata, pihaknya tidak mencampuri urusan siasatan dan menyerahkan kepada pihak polis  berdasarkan siasatan luaran.

“Apa keputusan polis terserah kepada polis, kita (Mara) putuskan urusan dalaman sahaja,” katanya.

Semalam, polis menahan enam suspek kes buli yang didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar seperti yang tular di media sosial Khamis lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kesemua suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan berkaitan kes berkenaan kira-kira 6 petang.

Terdahulu, tindakan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai, tular di media sosial menerusi beberapa video berdurasi 13 hingga 30 saat, hingga menerima kecaman orang ramai.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1 hingga 2 pagi pada 9 Disember melibatkan tujuh suspek remaja dan seorang mangsa yang kesemuanya berusia 13 tahun. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya