Pelajar ditumbuk di perut: 'Apakah yang sebenarnya berlaku?' - Utusan Malaysia

Pelajar ditumbuk di perut: ‘Apakah yang sebenarnya berlaku?’

TANGKAP layar seorang pelajar menumbuk perut mangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Lihat isu ini, apakah yang sebenarnya yang berlaku?’

Demikian persoalan dan penegasan bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik terhadap Kementerian Pendidikan mengenai video yang tular di laman media sosial mengenai kejadian buli di sebuah sekolah.

Warganet meluahkan perasaan kesal apabila masih terdapat segelintir pelajar yang tidak mengambil iktibar daripada kejadian buli sebelum ini yang ada dalam kalangan kes sehingga membawa kepada kehilangan nyawa.

Dalam klip rakaman yang dimuat naik dalam laman media sosial, pelajar-pelajar tersebut yang juga penuntut sekolah berasrama mengepung mangsa dan menumbuk perut mangsa sambal tertawa sesame mereka.

Seorang pengguna Twitter, Ekax_ menyelar perbuatan pelajar-pelajar itu tidak mengambil iktibar akan kejadian yang pernah menggempar negara sebelum ini dan meluahkan perasaan sakit hatinya melihat mangsa.

“(Kita) minta Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dan Kementerian Pendidikan lihat isu ini. Apakah yang berlaku?” Soalnya.

Beliau menambah, pada 2018 hingga 2019, Kementerian Pendidikan telah bekerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) untuk kempen antibuli.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya