Islam jadi agama terbesar dunia menjelang 2035

Islam jadi agama terbesar dunia menjelang 2035

JUMLAH umat Islam dijangka meningkat kepada 3.6 bilion menjelang 2070, berbanding tiga bilion penganut Kristian.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Islam dijangka mengatasi Kristian sebagai agama terbesar dunia menjelang 2035, didorong kadar kelahiran lebih tinggi dalam kalangan masyarakat Islam berbanding penganut agama lain.

Unjuran Pusat Penyelidikan Pew semalam menunjukkan jumlah umat Islam di seluruh dunia dijangka mencecah 2.57 bilion menjelang 2035, mengatasi penganut Kristian yang dianggarkan berjumlah 2.52 bilion pada tahun sama.

Kristian yang kekal sebagai agama terbesar dunia selama berabad-abad dijangka kehilangan kedudukan itu susulan pertumbuhan populasi umat Islam yang lebih pesat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kajian itu, jika trend semasa berterusan, jumlah umat Islam dijangka meningkat kepada 3.6 bilion menjelang 2070, berbanding tiga bilion penganut Kristian.

Islam juga dijangka merangkumi 37 peratus daripada populasi dunia pada tahun berkenaan, meningkat daripada 26 peratus pada 2020.

Sementara itu, penganut Kristian dijangka membentuk sekitar 29 peratus daripada populasi dunia, sekali gus kekal sebagai kumpulan agama kedua terbesar.

Kajian itu mengaitkan perubahan berkenaan terutamanya dengan kadar kesuburan lebih tinggi dalam kalangan wanita Islam.

Sepanjang tempoh 2020 hingga 2025, setiap wanita Islam secara purata mempunyai 3.1 anak, berbanding 2.5 anak bagi wanita Kristian. Bagi gabungan penganut semua agama lain, kadar kelahiran dalam tempoh sama mencatatkan purata 1.6 anak bagi setiap wanita.

Angka itu lebih rendah berbanding kadar 2.1 anak bagi setiap wanita yang diperlukan untuk memastikan sesebuah generasi dapat menggantikan jumlah generasi sebelumnya.

Pertumbuhan semula jadi penduduk, iaitu jumlah kelahiran yang melebihi kematian, kekal sebagai faktor utama perubahan demografi umat Islam dan Kristian. 

Berdasarkan trend sebelum ini, Pew mengunjurkan kedua-dua agama Islam dan Kristian akan kehilangan lebih ramai penganut akibat pertukaran agama berbanding jumlah yang diperoleh. 

Namun, jumlah umat Islam yang meninggalkan agama itu dijangka jauh lebih rendah, iaitu sekitar lapan juta orang antara 2020 hingga 2070, berbanding 105 juta bagi penganut Kristian.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini