Wajah 'gengster' buli pelajar tular - Utusan Malaysia

Wajah ‘gengster’ buli pelajar tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Wajah-wajah pelajar yang didakwa membuli seorang pelajar lain didakwa tular dalam media sosial.

Dengan tajuk ‘Gengster konon’, wajah mereka jelas termasuk mangsa yang ditumbuk di bahagian perutnya.

Terdahulu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berkenaan jika terbukti video tular kes buli itu benar.

Itu jaminan diberikan beliau susulan video tular memaparkan kes buli membabitkan pelajar sebuah MRSM yang tersebar di media sosial ketika ini.

Mahdzir berkata, tindakan tegas akan diambil berdasarkan peruntukan dan peraturan sedia ada di peringkat pengurusan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Menurutnya, Mara sudah mengambil maklum mengenai kandungan video tular berkenaan.

“Kami memandang serius berkaitan isu tersebut dan akan melaksanakan siasatan terperinci terhadap video yang tular.

“Saya telah mengarahkan pihak pengurusan Mara untuk menjalankan siasatan terperinci berkaitan kes berkenaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya