Pelajar ditumbuk di perut: Tidak libatkan institusi Kementerian Pendidikan - Utusan Malaysia

Pelajar ditumbuk di perut: Tidak libatkan institusi Kementerian Pendidikan

TANGKAP layar rakaman video kejadian buli pelajar yang tular dalam media sosial hari ini. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengesahkan kejadian pelajar yang dipukul di sebuah asrama dalam video yang tular tidak melibatkan institusi di bawah Kementerian Pendidikan.

Hari ini tular video berdurasi 10 saat yang merakamkan seorang pelajar menumbuk seorang pelajar lain di dalam asrama.

Video tersebut tular dalam laman Twitter dan mendapat perhatian warganet dengan tontonan sebanyak 528,000 dan lebih 30,000 perkongsian.

“Saya menerima hantaran video yang tular berkenaan murid yang dipukul di sebuah asrama. Berdasarkan siasatan awal, kami dapati kejadian tersebut tidak melibatkan institusi bawah kementerian.

“Namun, Kementerian Pendidikan telah berhubung dengan pihak yang terlibat dan dimaklumkan bahawa tindakan susulan telah pun diambil.

“Kita komited untuk menyediakan persekitaran sekolah yang selamat,” katanya.

Dalam pada itu, Polis Kuala Kangsar diarah menjalankan siasatan berhubung rakaman video kejadian buli itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, beliau telah mengarahkan polis Kuala Kangsar menjalankan siasatan ekoran kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah sekolah di Kuala Kangsar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya