‘Terima kasih ATM, pesara buat pilihan tepat pada empat PRN’

‘Terima kasih ATM, pesara buat pilihan tepat pada empat PRN’

KHLIR MOHD. NOR 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan veteran tentera diminta mengekalkan sokongan politik yang diberikan pada empat Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd. Nor berkata, sokongan yang diberikan golongan berkenaan pada pilihan raya terbabit merupakan pilihan tepat demi menjamin masa depan keluarga anggota dan veteran ATM.

“Saya berjanji akan berusaha menjaga kebajikan ATM dan semua veteran ATM selagi saya menjadi wakil rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga ingin merakamkan kata terima kasih kepada semua anggota ATM dan juga veteran ATM telah mengundi di dalam pilihan raya negeri Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Sesungguhnya pilihan anda amat tepat dan teruskan sokongan demi masa depan keluarga ATM dan juga keluarga veteran ATM,” katanya ketika membahas di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Khlir meminta kerajaan mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital ATM di Kem Desa Pahlawan bagi memenuhi keperluan anggota tentera dan keluarga mereka di Pantai Timur.

Katanya, kemudahan hospital seumpama itu sudah tersedia di Kem Terendak dan Lumut, justeru kawasan Pantai Timur juga wajar diberikan kemudahan sama.

“Perkara yang ketiga adalah pembinaan hospital Angkatan Tentera di Kem Desa Pahlawan. Kalau di Terendak, kita ada satu hospital Angkatan Tentera. Di Lumut pun ada.

“Bagaimana dengan Pantai Timur? Jadi saya minta satu hospital diletakkan di Kem Desa Pahlawan. Ada tanah. Ada tanah di situ,” katanya.

Beliau berkata, kemudahan tanah yang tersedia di Kem Desa Pahlawan boleh dipertimbangkan bagi merealisasikan cadangan pembinaan hospital berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini