Keadilan persoal kos pelantikan timbalan exco Melaka

PKR persoal kos pelantikan timbalan exco Melaka

YANG Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dan Ab. Rauf Yusoh bergambar kenangan dengan 10 barisan Exco Melaka selepas majlis mengangkat sumpah jawatan, taat setia serta sumpah simpan rahsia Ahli MMKN di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang Dipertua Negeri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri perlu menjelaskan secara terperinci kos pelantikan timbalan exco dan keperluan mewujudkan jawatan berkenaan bagi memastikan pertambahan struktur pentadbiran itu memberi manfaat kepada rakyat.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka, Eddiarman Mohd. Yunos berkata, ini susulan kenyataan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh yang meminta pihak yang mempertikaikan pelantikan tersebut supaya membuat kajian terlebih dahulu.

Beliau berkata, alasan bahawa jawatan itu sudah diwujudkan pada penggal terdahulu juga tidak boleh dijadikan sandaran untuk mempertahankan keputusan tanpa penilaian semula terhadap keberkesanannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerajaan negeri yang melantik serta memegang maklumat. Rakyat pula disuruh buat kerja rumah untuk buat kajian. Menyebut jawatan itu sudah diwujudkan sejak penggal lalu juga tidak menjawab persoalan pokok. Amalan lama tetap perlu dinilai semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

EDDIARMAN MOHD. YUNOS

Sebelum ini, Ab. Rauf mempertahankan pelantikan timbalan exco dengan menjelaskan ia bukan sesuatu yang baharu kerana telah diwujudkan dalam penggal pentadbiran terdahulu.

Beliau berkata, pelantikan itu tidak melibatkan perbelanjaan besar, sebaliknya bertujuan membantu anggota exco yang mempunyai pelbagai perancangan serta komitmen tugas bagi meningkatkan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri.

Eddiarman berkata, dakwaan bahawa pelantikan itu tidak melibatkan perbelanjaan besar juga perlu disokong dengan angka yang jelas supaya rakyat mengetahui jumlah sebenar peruntukan terbabit.

Katanya, kerajaan negeri perlu mendedahkan jumlah elaun, kemudahan dan kos sokongan yang diperuntukkan kepada timbalan exco termasuk pertambahan perbelanjaan berbanding struktur pentadbiran sebelumnya.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu menjelaskan hasil tambahan yang dijangka diperoleh menerusi pelantikan itu, khususnya dari segi keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini