296 rakyat Malaysia layak tunai haji tahun ini - Utusan Malaysia

296 rakyat Malaysia layak tunai haji tahun ini

ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendedahkan bahawa seramai 296 rakyat Malaysia di Arab Saudi layak menunaikan haji tahun ini.

Katanya, ia satu peningkatan berbanding tahun lepas iaitu hanya mencatatkan lapan orang ekoran penularan Covid-19 di seluruh dunia, termasuk di Arab Saudi.

“Malam esok (hari ini), insya-Allah saya akan adakan temu bual dengan bakal haji rakyat Malaysia yang sedang berada di kota suci Makkah Al-Mukarramah,” katanya ketika hadir program Salam Baitullah di saluran TV1 RTM malam tadi.

Pada masa sama, beliau berkata Tabung Haji (TH) memberikan kursus secara dalam talian berkaitan ibadah haji kepada semua jemaah tersebut.

Jemaah haji akan tiba di empat lokasi yang ditetapkan 17 dan 18 Julai ini sebelum dibawa ke Masjidil Haram untuk tawaf ketibaan dan seterusnya menuju ke tanah suci.

Kementerian juga meminta semua jemaah yang memenuhi syarat permit untuk mengunjungi pusat vaksin berhampiran bagi mengambil dos kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya