fbpx

17 September 2021, 12:36 am

  TERKINI

MBSA perkenal aplikasi bayaran cukai, SnapNPay 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperkenalkan kaedah bayaran baharu untuk bayaran cukai taksiran iaitu SnapNPay.

Menurut Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi bayaran SnapNPay di Google Play Store atau App Store (IOS) secara percuma.

“Pengguna hanya perlu mengimbas kod bar atau kod QR untuk nombor akaun dan jumlah bayaran yang tertera pada bil cukai taksiran.

“Pengguna dikehendaki memilih saluran bayaran yang disediakan di dalam aplikasi SnapNPay dan proses bayaran akan disambungkan kepada portal perbankan internet,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrin berkata, selain SnapNPay, bagi memudahkan pemegang harta menjelaskan cukai taksiran, pihaknya juga menyediakan 10 saluran pembayaran antaranya di kaunter utama Wisma MBSA dan juga Pejabat Cawangan MBSA di Kota Kemuning, Sungai Buloh dan Setia Alam.

“Pembayaran cukai taksiran MBSA bagi penggal pertama 2020 adalah sebelum atau pada tarikh 28 Februari depan.

“Pemegang harta boleh menjelaskan bil cukai taksiran mereka di semua kaunter pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor dan semua kaunter Pejabat Tanah dan Daerah Selangor dengan secara tunai sahaja,”katanya.

“Pemegang harta juga boleh menjelaskan bil cukai taksiran di agensi setempat iaitu di Pejabat Pos Malaysia sepanjang tahun di kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya secara tunai sahaja,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE