fbpx

19 September 2021, 1:24 am

  TERKINI

Ismail Sabri buat laporan berhubung video fitnah

AZLINA Md. Rosdy @ Rozzy menunjukkan laporan polis yang dibuat bagi pihak Ismail Sabri Yaakob membabitkan penyebaran dua buah video pendek tular di media sosial yang cuba merosakkan imej menteri itu di Ibu pejabat Polis Dang Wangi hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan polis berhubung dua video tular didakwa memfitnah beliau.

Setiausaha akhbarnya, Azlina Md. [email protected] berkata, pihaknya mendapati terdapat dua akaun Facebook, ‘Anwar Ibrahim PM Rakyat’ dan ‘Anina Saadudin’ memuat naik video menunjukkan Ismail Sabri menyampaikan sidang akhbar harian Covid-19 pada 14 April lalu untuk tujuan mengelirukan rakyat.

Katanya, selain itu perkongsian video itu cuba menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan berkaitan tiada lagi saman dan kompaun jika pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sebaliknya rakyat akan terus dipenjarakan.

“Video itu dimainkan semula pada 7 dan 8 Februari lalu walhal kerajaan telah melakukan pelbagai penambahbaikan dalam pelaksanaan SOP.

“Video kedua tular, ‘Sendiri Buat SOP Sendiri Langgar’ adalah rakaman Datuk Seri (Ismail Sabri) hadir dalam majlis santai bersama penggiat seni tanah air sempena Kempen Tabung Hari Pahlawan pada 16 September lalu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Azlina yang mewakili Ismail Sabri tiba di IPD Dang Wangi kira-kira pukul 11.45 pagi. – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI

BERITA BERKAITAN