‘Saya tak fikir tersenarai jadi calon’ - Tun Faisal - Utusan Malaysia

‘Saya tak fikir tersenarai jadi calon’ – Tun Faisal

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Faisal Ismail Aziz yang disebut-sebut sebagai calon UMNO bagi kerusi Parlimen Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak terfikir akan dicalonkan untuk bertanding berikutan pendirian kritikalnya terhadap Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya itu berkata, beliau juga mempunyai pandangan sendiri dalam isu penyatuan ummah, kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan sokongannya terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, sekiranya dipilih untuk menggalas tanggungjawab itu, beliau yakin boleh membantu rakyat di kawasan Parlimen berkenaan atas pengalaman luas dalam parti, agensi kerajaan dan kemahiran-kemahiran lain sekali gus mampu berperanan di Dewan Rakyat.

“Namun masih terlalu awal untuk bincang mengenai calon PRU-15 lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik Covid-19 dan penentuannya pun perlu melalui keputusan kepemimpinan tertinggi UMNO.

“Namun yang penting adalah Putrajaya mendapat calon yang paling boleh memberi manfaat terbanyak kepada warga Putrajaya dan boleh bersuara mewakili aspirasi dan kehendak penduduk,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam analisis Mingguan Malaysia kelmarin, kerusi Parlimen Putrajaya agak ‘panas’ apabila tiga nama besar disebut-sebut bakal bertanding sebagai calon daripada UMNO di kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu.

Menurut sumber, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akan diletakkan di Putrajaya berikutan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengumumkan akan bertanding di kerusi parlimen berkenaan.

Selain Khairy, turut dinamakan akan berentap di Putrajaya ialah Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang turut mengintai peluang di sini.

Walaupun dilihat sebagai calon underdog, Tun Faisal tidak boleh dipandang enteng untuk dipertimbangkan sebagai calon Parlimen itu.

Ini kerana Tun Faisal sudah dikenali pengundi di sini atas kapasiti jawatannya berkhidmat bersama Ahli Parlimen, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN