‘Sulaiman tak bantu calon Lendu? Itu cakap-cakap tak bangunkan minda’ - Utusan Malaysia

‘Sulaiman tak bantu calon Lendu? Itu cakap-cakap tak bangunkan minda’

AB. RAUF YUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Dakwaan bahawa penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali tidak membantu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hanyalah khabar angin yang tidak membangunkan minda.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, khabar angin sedemikian tidak sepatutnya diperbesarkan kerana semua pihak perlu memberikan tumpuan kepada usaha memastikan kemenangan parti.

Ab. Rauf berkata, perkara yang telah berlalu tidak perlu terus dipersoalkan memandangkan calon yang bertanding kali ini merupakan individu berbeza.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu tak adalah. Itu semua cakap-cakap yang dipanggil tak membangunkan minda. Barang yang lepas jangan dikenang-kenang. Calon pun sudah jadi orang lain,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan BN DUN Lendu di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan kononnya Sulaiman yang juga bekas Ketua Menteri tidak membantu Abdul Hakim pada minggu pertama berkempen.

Dalam pada itu, ketika meninjau Bilik Gerakan BN DUN Ayer Limau, Ab. Rauf menyifatkan kadar keluar mengundi awal yang hampir mencecah 95 peratus semalam, merupakan petunjuk positif terhadap kesedaran pengundi dalam menunaikan tanggungjawab demokrasi.

Beliau berkata, trend itu diharap berterusan pada hari pengundian biasa Sabtu ini.

Katanya, tahap kesiapsiagaan jentera BN dan kesediaan rakyat untuk mengundi juga berada pada tahap baik menjelang pecutan akhir kempen.

“Amat baik kadar peratusan itu dan ia terlalu tinggi serta membanggakan walaupun keputusan kita tidak tahu.

“Saya berharap pengundi-pengundi yang akan mengundi pada 14 November ini keluar beramai-ramai seperti mana yang ditunjukkan oleh pengundi awal semalam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini