Langgar SOP, ADUN Ketari didesak letak jawatan - Utusan Malaysia

Langgar SOP, ADUN Ketari didesak letak jawatan

YUSLAINI AZMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman didesak meletakkan jawatan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP)  Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Setiausaha Unit Pendidikan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Yuslaini Azmi berkata, langkah tersebut perlu diambil wakil rakyat DAP itu kerana gagal menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat.

“Sebelum ini, Young Syefura bersama barisan pimpinan pembangkang begitu keras mengkritik Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali jadi saya berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan dan menjatuhkan hukuman setimpal tanpa ada isu ‘double standard’. 

“Jika dia ingin menunjukkan contoh politik anak muda yang baik, sila letak jawatan dan bertanding sahaja pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Young Syefura dituduh melanggar SOP apabila memuat naik gambar berkelah bersama empat rakannya di Avani Sepang Goldcoast Resort, yang terletak di Sungai Pelek, Selangor.

Bagaimanapun, wakil rakyat yang dikenali sebagai Rara itu menjelaskan dia sebenarnya bermastautin di Selangor, walaupun menjadi ADUN di Pahang sekali gus memohon maaf atas perbuatan tersebut.

Menurut Yuslaini, tindakan melepaskan jawatan itu bakal memberi contoh kepada ahli politik lain untuk mengambil tindakan sama jika terbukti gagal melaksanakan tanggunggjawab diberikan.

“Kita berani mengkritik pihak lawan menggesa mereka melepaskan jawatan jika melakukan kesilapan tetapi tidak pula melakukan perkara sama apabila terkena batang hidung sendiri,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya