Armada usaha tarik lebih ramai anak muda  - Utusan Malaysia

 Armada usaha tarik lebih ramai anak muda 

Laut China Selatan
WAN AHMAD FAYHSAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) akan terus berusaha mengukuhkan parti dengan menarik sokongan anak muda menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15.  

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad berkata, usaha itu antara lain mengambil kira dua pilihan raya yang akan berlangsung dalam masa terdekat iaitu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak dan Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Sabah.

“Armada akui bahawa pendekatan yang bijaksana diperlukan kerana Perak dan Sabah mempunyai dua demografi amat berbeza. 

“Peluang mendekati akar umbi sehingga ke pedalaman Sabah, tanah rancangan Felda dan golongan usahawan kecil dan sederhana memberi gambaran (kepada Armada) bagaimana maklumat yang tepat mesti sampai ke peringkat dasar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

 Ahmad Fayhsal yang memegang jawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan dihambat kontroversi apabila beliau didakwa bersedia menggunakan kedudukannya untuk kepentingan politik.

Difahamkan, kenyataan itu berlaku semasa beliau berkempen bersama Armada Pahang bagi pemilihan calon ketua Armada. 

Pada 16 Ogos lalu, Ahmad Fayhsal dipilih sebagai Ketua Pemuda Armada bagi penggal 2019-2022 menewaskan pesaingnya, Muzzammil Ismail. 

Dalam perkembangan sama, beliau yakin pihaknya bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran  dan melaksanakan gerak kerja secepat mungkin.

“Barisan kepimpinan Armada akan menumpukan perhatian kepada usaha mengaktifkan jentera parti di pelbagai peringkat agar kerja-kerja utama dapat dijalankan dengan segera. 

“Ahli Armada masih bertenaga. Kita juga akan membantu dalam usaha membina insfrastruktur untuk Pemuda Muafakat Nasional (yang terdiri daripada UMNO dan Pas) bekerja dalam satu kerangka yang tetap dan berkesan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya