Armada Bersatu lantik penyelaras dua negeri hadapi PRN, PRU

Armada Bersatu lantik penyelaras dua negeri hadapi PRN, PRU

HARRIS IDAHAM ABDUL RASHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sayap Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju melakukan penyusunan semula ketua-ketua peringkat negeri dengan membuat tiga lantikan daripada Ahli Jawatankuasa (AJK) Pusat.

Ketua Penerangannya, Harris Idaham Rashid berkata, keputusan tersebut dibuat selepas Mesyuarat Biro Politik Armada yang dipengerusikan Ketua Armada, Muhammad Hilman Idham hari ini.

Katanya, langkah tersebut diambil sebagai persediaan dalam menghadapi Pilihanraya Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang yang berkemungkinan akan dilaksanakan pada waktu terdekat selepas mengambil kira hubungan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang semakin meruncing.

“Mesyuarat bersetuju melantik pemimpin Biro Politik Armada untuk menjadi penyelaras bagi Armada Pahang dan Sabah. Untuk itu, Bendahari Armada, Nor Zahid Rahim dilantik sebagai Penyelaras Armada Sabah.

“Manakala Harris Idaham dilantik sebagai Penyelaras Armada Pahang. Barisan kepimpinan yang diperkemaskan ini akan membantu usaha membangunkan jentera yang kuat, efektif dan tersusun khususnya di kawasan-kawasan tumpuan Bersatu, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Harris Idaham berkata, Biro Politik juga telah membuat ketetapan bahawa Markas Latihan Armada tidak lagi akan diadakan secara berpusat, ia akan segera diadakan di peringkat negeri-negeri tumpuan bagi urusan mempersiap jentera pilihan raya yang terlatih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN