Akhbar perlu beretika menyampaikan maklumat - Utusan Malaysia

Akhbar perlu beretika menyampaikan maklumat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Akhbar perlu mempunyai etika di dalam menyampaikan berita kepada masyarakat dengan berlandaskan prinsip agama dan Perlembagaan Persekutuan.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Dr. Noh Gadoh berkata, perkara itu amat penting kerana akhbar mempunyai peranan utama bagi menyebarkan maklumat dan fakta yang benar untuk pengetahuan seluruh masyarakat.

“Oleh demikian, saya mengingatkan para petugas media khususnya wartawan untuk menjaga ketelusan dan jangan terbawa dengan dakyah tidak baik untuk mempengaruhi minda masyarakat.

“Jika semua pihak berlaku jujur dan amanah, maka InsyaAllah akan wujud keharmonian dan keamanan sesama masyarakat walaupun kita berbeza agama dan bangsa,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Pada masa sama, Noh melahirkan kesyukuran atas penerbitan semula Utusan Malaysia dan Kosmo! kerana kedua-dua akhbar itu sudah banyak berjasa kepada kemakmuran negara pada selama ini.

“Sebenarnya terlalu banyak jasa Utusan Malaysia kepada agama, bangsa dan tanah air menerusi penulisannya yang menyentuh soal kefahaman agama, syiar Islam dan pendidikan,

“Malah ia juga berjaya membantu menyelesaikan ekonomi ummah dengan mengajak rakyat untuk keluar kepompong kemiskinan serta mengajak ke arah kesatuan masyarakat,” katanya.

Beliau berdoa agar Utusan Malaysia terus unggul dan maju sebagai akhbar nasional di Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya