Media Mulia sertai PBAKL 2025

Media Mulia sertai PBAKL 2025

MOHAMMMAD Fahmi Asraf Khan (kanan) menunjukkan laporan akhbar di bawah Media Mulia kepada pengunjung di PBAKL 2025 di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Media Mulia Sdn. Bhd. buat julung kalinya menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) bermula semalam hingga 1 Jun.

Penglibatan syarikat yang me­nerbitkan akhbar Utusan Ma­laysia, Kosmo! dan The Malaysian Reserve itu membuktikan akhbar kekal relevan dalam industri penerbitan.

Pengurus Pengedaran Media Mulia, Mohammad Fahmi Asraf Khan berkata, tawaran istimewa diberikan kepada pengunjung antaranya promosi langganan akhbar selain peluang melanggan platform kandungan kartun digital keluaran Media Mulia, MMtoon.

Katanya, edaran percuma 200 naskhah akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! juga diadakan setiap hari sepanjang 10 hari PBAKL berlangsung.

“Antara tarikan utama di reruai kami ialah promosi langganan akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia pada harga RM399 berbanding harga asal RM722 dengan diskaun hampir 45 peratus.

“Pelanggan yang melanggan akan menerima potret karikatur percuma yang akan dilukis sendiri oleh pelukis profesional di reruai ini,” katanya.

Sementara itu, potongan harga hingga 40 peratus dan variasi pilihan buku antara tarikan utama pengunjung ke PBAKL 2025.

Tinjaun Utusan Malaysia men­dapati, reruai yang banyak dan kawasan lebih luas memberi keselesaan kepada pengunjung.

Pengunjung dari Kuantan, Mohd Farid Md Yunos, 35, ber­kata, penganjuran PBAKL 2025 menunjukkan perubahan yang sangat baik terutama pilihan buku dan harga ditawarkan sa­ngat kompetitif.

“Secara fizikal, penganjuran kali ini lebih luas dan tidak terlampau sempit. Mudah untuk saya bawa keluarga tanpa perlu berhimpit. Tahun lalu sempit, kalau ramai orang susah bergerak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN