Kelahiran semula Utusan Malaysia, Kosmo! terima reaksi positif - Utusan Malaysia

Kelahiran semula Utusan Malaysia, Kosmo! terima reaksi positif

JOHARI ABDUL GHANI diiringi Pengarang Kumpulan Media Mulia, Mohamad Azlan Jaafar (tengah) melawat sekitar pameran pada Majlis Pelancaran Utusan dan Kosmo! Kembali! di bangunan Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Majlis Pelancaran Utusan Malaysia dan Kosmo! Kembali! yang diadakan secara langsung menerusi platform Facebook hari ini menerima reaksi positif netizen.

Selepas hampir 10 bulan ditutup, kedua-dua akhbar di bawah Media Mulia Sdn. Bhd. dijangka menerbitkan keluaran pertama pada Isnin ini.

Dengan tanda pagar #utusankosmokembali, para netizen memberi sokongan dan turut berdoa agar kedua-dua akhbar itu terus kekal pada masa hadapan.

Seorang netizen, Hazri Hanapy berkata, dia tidak sabar menunggu penerbitan kedua-dua akhbar tersebut.

“Terbaik Utusan Malaysia dan Kosmo!, tak sabar tunggu Isnin ini,” jelasnya menerusi ruang komen Majlis Pelancaran Utusan Malaysia dan Kosmo! Kembali! hari ini.

Bagi Nur Shafiz, dia mendoakan agar kedua-dua akhbar itu terus maju jaya di masa hadapan.

“Moga Utusan, Kosmo! terus maju jaya selalu,” katanya.

Selain netizen, penyanyi Haqiem Rusli turut gembira dengan kelahiran kedua-dua akhbar itu.

Majlis pelancaran bermula pada pukul 9 pagi itu dimulakan dengan persembahan kumpulan Genji Buskers.

Antara tetamu yang hadiri majlis pelancaran itu ialah bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam; Timbalan Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM), Muhammad Shahrom Abdul Kalam; juara silat dunia tiga kali, Mohd. Al Jufferi Jamari; atlet gimnastik, Farah Ann Abdul Hadi dan penceramah bebas, Mohd. Elyas Ismail.

Personaliti tanah air Datuk Jamal Abdillah, Datuk Hattan, Datuk Dr. Fazley Yaakob dan artis Rozita Che Wan serta Sarah Suhairi turut memeriahkan majlis.

Turut diadakan peraduan ‘Happy Hour’ dengan jumlah hadiah keseluruhan RM50,000 diberikan kepada pemenang.

Hadiah ditawarkan ialah telefon bimbit Iphone 11, wang tunai RM3,000, penginapan tiga hari dua malam di Hotel Istana, jam tangan tajaan Solar Time dan baucar tajaan BubbleBee.

Penaja utama lain termasuk Tony Romas, The Manhattan Fish Market, UNITAR International University (UNITAR), Bank Rakyat, Pepsi; Wonda, Jeunesse, Gardenia, Aspirasi dan Skyworld. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya