Parti Berjaya berkuasa di Sabah - Utusan Malaysia

Parti Berjaya berkuasa di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 April 1976, pemerintahan kerajaan negeri Sabah beralih ke tangan Berjaya apabila parti itu menguasai 28 dari 48 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Pilihan Raya Negeri itu. Kemenangan itu membolehkan Tun Haji Mohamad Fuad Stephens mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Parti Perikatan Sabah yang memerintah sejak lebih 13 tahun tumpas setelah memperoleh 20 kerusi manakala kesemua lapan calon dari SCA kalah.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 16 April 1968
    Kira-kira 1,000 orang hadir memenuhi Auditorium Mara bagi mengikuti upacara penubuhan rasmi Parti Gerakan Malaysia.
  • 16 April 1969
    Timbalan Pengerusi Lin Piao diumum secara rasmi menggantikan Mao Tze Tung pada Kongres Ke-9, Parti Komunis di Peking, China.
  • 16 April 1973
    Pawang Othman Cik dan orang Kampung Teluk Serdang berjaya menangkap seekor buaya di Sungai Skudai, Johor Bharu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd.. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya