150 rumah di Sungai Chua dinaiki air - Utusan Malaysia

150 rumah di Sungai Chua dinaiki air

SEORANG penunggang motosikal melalui jalan dinaiki air di Taman Pasir Mas, Sg Chua, Kajang, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 150 buah rumah terjejas dalam kejadian banjir di Kampung Sungai Chua, Kajang dekat sini semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kajang(MPKj), Kamarul Izlan Sulaiman berkata,  hujan lebat berterusan sejak pukul 6 petang menyebabkan kawasan tersebut dinaiki air.

Katanya, semua mangsa dipindahkan di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Chua selepas pihaknya menerima aduan pada pukul 7.30 malam.

“Kerja menyelamatkan mangsa banjir dilakukan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan cawangan kejuruteraan kami.

“Sebanyak empat bot digunakan selain beberapa kenderaan lain untuk melancarkan operasi menyelamat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain Sungai Chua, kawasan lain yang turut dinaiki air antaranya Taman Sri Jambu; Taman Muhibbah, Sungai Chua; Sungai Sekamat; Kampung Sungai Jernih dan Taman Jelita. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya