PETALING JAYA: Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari meninggal dunia sebentar tadi.
Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan Pejabat Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini.
Menurut kenyataan itu, jenazah Allahyarham dijadualkan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Kuching, Sarawak pada Jumaat.
“Jenazah Allahyarham akan ditempatkan di kediaman rasmi Nancy Shukri di Taman Serira, Jalan Menggeris, Petra Jaya Kuching untuk memberi peluang kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir sebelum dikebumikan,” jelasnya. – UTUSAN










