Hamas enggan sertai rundingan gencatan senjata

Hamas enggan sertai rundingan gencatan senjata

KANAK-KANAK Palestin memeriksa tapak serangan Israel ke atas sebuah rumah, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan kumpulan Islam Palestin Hamas, di Rafah, di selatan Gaza, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMAQDIS: Kumpulan pejuang Hamas enggan menyertai rundingan gencatan senjata Gaza dan perjanjian pembebasan tebusan yang dijadualkan berlangsung di Doha, hari ini.

Sumber pegawai Hamas memberitahu BBC, pergerakan itu sebaliknya mendesak satu pelan strategik yang mengandungi garis masa bagi melaksanakan penjanjian berkenaan dan bukan sekadar rundingan yang ‘menutup’ kekejaman yang terus dilakukan Israel.

Jelas sumber itu, rundingan tersebut harus berasaskan perjanjian yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada akhir Mei lalu dan menuduh Israel sengaja menambah syarat baharu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menafikan dakwaan tersebut dengan menuduh Hamas yang meminta perubahan.

Walaupun tanpa kehadiran wakil Hamas, rundingan berkenaan akan diteruskan oleh AS, Mesir, dan Qatar untuk menyelesaikan beberapa isu berbangkit.

Rundingan itu terjejas bulan lalu ekoran pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, dalam satu serangan di Teheran, Iran.

AS berharap persetujuan yang dicapai dalam rundingan terbabit dapat menghalang Iran daripada melancarkan serangan balas terhadap Israel yang tidak menafikan atau menyiakan penglibatan dalam pembunuhan Ismail.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken dan Perdana Menteri Qatar, Mohammed bin Abdulrahman al-Thani dalam satu panggilan telefon semalam bersetuju bahawa tiada pihak di rantau ini harus mengambil tindakan yang boleh menggugat usaha mencapai perjanjian.  – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×