Pokok tumbang: Rapid KL aktif perkhidmatan tren, bas perantara

Pokok tumbang: Rapid KL aktif perkhidmatan tren, bas perantara

KEJADIAN pokok tumbang dalam Jalan Sultan Ismail berhampiran sebuah hotel di sini, minggu lalu. -GAMBAR MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rapid KL mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara susulan semua Stesen Monorel antara Stesen Hang Tuah dan Medan Tunku tidak dapat beroperasi susulan kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berhampiran sebuah hotel hari ini.

Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan yang diaktifkan adalah bas perantara ulang-alik dari KL Sentral ke Medan Tuanku dan tren perantara  antara Titiwangsa dan Medan Tuanku (Platform 1).

“Pengumuman menerusi platform rasmi media sosial Rapid KL dan di semua stesen Laluan Monorel telah dilakukan untuk makluman penumpang,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, operasi Laluan Monorel kini sedang mengalami gangguan perkhidmatan disebabkan dahan pokok yang tumbang ke atas landasan akibat cuaca buruk berhampiran Stesen Monorel Raja Chulan di ibu negara, yang berlaku pada pukul 2.20 petang tadi.

Susulan daripada kejadian tersebut, tiada perkhidmatan di antara Stesen KL Sentral dan Stesen Medan Tuanku.

Dalam pada itu, Rapid KL sedang bekerjasama dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesaikan gangguan tersebut secepat mungkin. 

Katanya, buat masa ini anggota polis dan bomba sedang mengawal keadaan lalu lintas di tempat kejadian.

“Sebarang kemaskini akan dimaklumkan secara berkala menerusi saluran media sosial dan

aplikasi PULSE.

“Kami memohon maaf di atas gangguan luar jangka ini dan berterima kasih di atas kesabaranpara penumpang,” kata kenyataan itu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×