RUU MCBA dibentang di Parlimen Julai depan - Saifuddin

RUU MCBA dibentang di Parlimen Julai depan – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) penubuhan Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) dijangka dibentangkan di Parlimen Julai depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau telah mendapat jaminan dan perkembangan positif daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi membolehkan RUU itu dibentangkan.

Beliau berkata, ia satu perkembangan baik bagi menjelmakan MCBA sebagai sebuah entiti penting.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkembangan (RUU) sangat bagus dan saya dapat jaminan AGC kalau dapat jadual pembentangan Julai. Itu munasabah untuk jelmakan MCBA sebagai entiti,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama pengurusan tertinggi KDN bersama pengamal media di sini hari ini.

MCBA adalah agensi barisan hadapan di pintu masuk negara termasuk pelabuhan yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kawalan sempadan serta pemeriksaan secara bersepadu dan komprehensif.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) juga telah meluluskan angka dan jumlah perjawatan bagi melengkapkan gerak kerja MCBA.

Katanya, ketika ini, jawatan itu dalam proses pengisian.

“KDN juga diberi persetujuan oleh Jemaah Menteri pada minggu lalu untuk menubuhkan jawatankuasa pemandu dan pengoperasian bagi MCBA.

“Dengan itu, kami (KDN) akan mulakan dulu (jawatankuasa pemandu dan pengoperasian) dengan membabitkan agensi terlibat, kita mulakan dengan beberapa agensi awal,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, teras utama MCBA adalah melancarkan mobiliti manusia, faktor keselamatan dan perdagangan di sempadan negara.

Katanya, beliau memberi jaminan bahawa MCBA akan lebih fokus dalam menguruskan sempadan negara.

“Sekarang kita lebih fokus dan ia diuruskan satu agensi sahaja dan lebih cekap. Itu antara faktor saya yakin ia (MCBA) boleh sumbang kepada kejayaan agensi ini.

“MCBA juga diwujudkan hasil kejayaan model Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×