Dos penggalak Covid-19 mencukupi

Dos penggalak Covid-19 mencukupi

LUKANISMAN AWANG SAUNI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Bekalan vaksin Co­vid-19 termasuk dos penggalak di 231 fasiliti kesihatan di seluruh negara masih mencukupi berdasarkan trend pengambilan vaksin semasa, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.

Menurut beliau, sehingga ke hari ini terdapat 231 fasiliti kesihatan seluruh negara yang masih menawarkan pemberian vaksin Covid-19.

“Berdasarkan trend pengambilan vaksin semasa di mana dalam tempoh tiga bulan bermula September, Oktober dan November 2023, purata pengambilan vaksin bagi dos penggalak adalah dua dos sehari.

“Sehingga kini bekalan vaksin Covid-19 yang tersedia di fasiliti-fasiliti kesihatan kerajaan masih mencukupi dengan 231 fasiliti kesihatan seluruh negara yang masih menawarkan pemberian vaksin Covid-19,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Justeru itu, Lukanisman menyarankan penggunaan pe­litup muka oleh golongan be­risiko tinggi.

“Penggunaan pelitup muka masih digalakkan. Malah, orang ramai terutama golongan be­risiko tinggi terdiri daripada warga emas berusia 65 tahun ke atas, pesakit dengan penyakit kronik dan pesakit dengan daya ketahanan badan yang rendah amat digalakkan.

“Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19 sebagai langkah pelindungan tambahan,” tambahnya.

Sehubungan itu jelasnya, Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan Covid19 secara rapat dan sekiranya kes meningkat, pihaknya mempunyai pelan tindakan berdasarkan pengalaman lepas.

Baru-baru ini dalam tempoh seminggu dari 19 hingga 25 November lalu, sebanyak 3,626 kes Covid-19 dicatatkan iaitu pe­ningkatan 57.3 peratus, berbanding 2,305 kes yang dilaporkan pada 12 November hingga 18 November lalu.

Dalam pada itu, Ketua Pe­ngarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, 48 peratus daripada jumlah kes itu terdiri daripada mereka yang berusia antara 20 tahun hingga 40 tahun namun lebih 98 peratus bergejala ringan.

Ujarnya, kes mingguan dikesan melepasi angka 1,000 kes pada setiap minggu dengan kadar peningkatan antara 7.1 hingga 57.3 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×