Demi Palestin, Daiyan Trisha tolak kerjasama

Demi Palestin, Daiyan Trisha tolak kerjasama

DAIYAN TRISHA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan selebriti popular, Daiyan Trisha akan berusaha sebaiknya untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana jenama antarabangsa yang secara terang-terangan menyokong kekejaman Zionis.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Daiyan berkata, ketika saat genting dan sukar ini, dia menolak sebarang kerjasama dengan jenama-jenama tersebut dan memilih untuk menyebarkan ke­sedaran kepada umum tentang penderitaan rakyat Palestine.

“Malaysia merupakan negara pro-Palestin dan kita lantang menyua­rakan sokongan terhadap saudara-saudara seagama di Gaza. Saya lihat sebagai satu mo­men perpaduan.

“Alhamdulillah, setakat ini tidak ada mana-mana pihak atau individu yang mengecam tindakan saya yang secara terbuka menolak kekejaman rejim Zionis.

“Saya terharu melihat soko­ngan daripada pengikut yang sentisa ada untuk saya sekiranya ada jenama-jemana yang tidak mahu bekerja dengan saya lagi,” ujarnya.

Daiyan dalam perkongsian di media sosialnya semalam memuat naik hantaran menyatakan sokongan terhadap Palestine dan mengecam kekecaman rejim Zionis.

Tindakan penyanyi Penat itu mendapat pujian ramai yang terharu dengan keberaniannya bersuara walaupun berpotensi untuk kehilangan tawaran dari jenama-jenama antarabangsa.

Dalam pada itu, ditanya tentang keputusan segelintir pempengaruh dan selebriti yang enggan memuat naik hantaran berkaitan Palestine-Israel, Daiyan tidak mahu lekas menghukum.

“Mereka ada cara mereka. Ada yang mungkin tidak bersuara tetapi bersedekah.

“Saya rasa sebaiknya kita fokus kepada apa yang kita boleh buat, daripada tengok apa yang orang lain tidak buat.

“Hanya Allah yang tahu. Kita sebagai muslim, tunaikan tanggungjawab dan doa yang terbaik untuk mereka yang teraniaya,” kongsinya.-  UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×