Calon PN DUN Kempas ditukar saat akhir

Calon PN DUN Kempas ditukar saat akhir

ZULKIFLI JAAFAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) bertukar kecoh apabila nama bakal calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas ditukarkan dengan orang lain.

Pada asalnya nama Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulai, Zulkifli Jaafar disebut sebagai calon DUN Kempas.

Walau bagaimanapun nama orang lain pula iaitu Setiausaha Bahagian Bersatu Pulai, Noor Faizal Abdullah yang diumumkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengumuman itu menyebabkan ramai ahli jawatankuasa Bersatu Pulai melahirkan perasaan tidak puas hati dan amat kecewa.

Menurut seorang ahli jawatankuasa ditemui, pihaknya amat kecewa apabila nama saat-saat akhir ditukarkan tanpa dimaklumkan dengan lebih awal.

“Pada asalnya nama Zulkifli disahkan bertanding apabila beliau telah mengisi borang pencalonan tetapi akhirnya nama lain pula diumumkan.

“Ini amat memalukan apabila beliau telah bersiap sedia menjadi calon dengan sokongan akar umbi, tetapi kini jadi lain pula,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dia tidak menolak kemungkinan pihaknya akan memboikot jentera parti sekiranya masalah itu tidak ditangani segera sebelum hari penamaan calon pada Sabtu ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×