Kepala air Sungai Pertak: Operasi mencari diteruskan - Utusan Malaysia

Kepala air Sungai Pertak: Operasi mencari diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan lapan mangsa yang dipercayai dihanyutkan arus, manakala sembilan lagi dilaporkan terkandas dalam kejadian kepala air membabitkan kumpulan berbeza di kawasan Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, dekat sini, petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Asrul Riezal Asbar, berkata lapan mangsa itu terdiri daripada seorang dalam kumpulan warga Yaman dan penduduk tempatan, serta tujuh lagi daripada kumpulan 11 warga tempatan.

“Untuk satu kumpulan itu, seorang mangsa yang dipercayai dihanyutkan arus masih belum ditemukan. Kemudian di bahagian atas sungai, terdapat kira-kira 11 orang. Daripada 11 orang itu, tujuh dihanyutkan arus,” katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata sembilan individu terkandas itu pula terdiri daripada empat yang masih belum menyeberangi sungai, dan lima orang daripada satu lagi kumpulan dilaporkan terperangkap di seberang sungai.

Asrul Riezal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.55 petang, dan tiba di lokasi pada 6.30 petang.

“Orang Asli yang membawa kumpulan itu yang menghubungi kami … operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan.

“Kita juga sudah buka Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk terus memantau keadaan air, dan kawasan sekitar bagi mengesan mangsa yang berkemungkinan terperangkap di mana-mana lokasi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini