Lelaki cedera kereta terbabas di Lebuhraya Karak

Lelaki cedera kereta terbabas di Lebuhraya Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki cedera selepas Perodua Axia dipandunya terlibat dalam ke dalam longkang di Kilometer 24.3 Lebuhraya Karak-Bentong menghala Kuala Lumpur, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.46 petang.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Gombak kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setibanya di lokasi pada pukul 3.23 petang, komander operasi melaporkan kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Axia.

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 32 tahun yang mengalami kecederaan patah tangan kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa  telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini