Isu doktor kontrak dinoktahkan, ditawar jawatan tetap

Isu doktor kontrak dinoktahkan, ditawar jawatan tetap

Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan mengumumkan isu doktor kontrak akan dinoktahkan menerusi pelantikan ke jawatan tetap.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sejak 2023, kerajaan telah melantik lebih 15,000 doktor kontrak secara tetap, termasuk 4,000 orang pada tahun ini.

Beliau berkata, menerusi langkah itu, doktor yang berjaya menamatkan latihan siswazah selepas ini akan ditawarkan jawatan tetap sebagai pegawai perubatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi tahun 2027, lebih 9,000 doktor kontrak akan ditawarkan ke jawatan tetap. Bermakna selepas ini doktor yang berjaya menamatkan Latihan siswazah akan ditawarkan jawatan tetap pegawai perubatan,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan mengumumkan peruntukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkat kepada RM47.7 bilion berbanding RM46.5 bilion sebelum ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini