Sumatera Selatan catat hampir 60,000 titik panas jadi 'lubuk jerebu' - Utusan Malaysia

Sumatera Selatan catat hampir 60,000 titik panas jadi ‘lubuk jerebu’

JEREBU melanda Palembang Isnin lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Terdapat kira-kira 59,275 titik panas  di 17 daerah dan bandar di Sumatera Selatan dari 1 September hingga semalam menyebabkan wilayah itu menjadi ‘lubuk jerebu’ .

Memuatkan artikel berkaitan…

Angka itu dikeluarkan oleh Data Sistem Pemantauan Kebakaran Hutan dan Tanah milik Kementerian Perhutanan.

Ketua Bahagian Advokasi Wahana Lingkungan Hidup Indonesia, Sumatera Selatan (WALHI), Galang Suganda berkata, kebakaran hutan dan tanah bukan bencana yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak dapat diramalkan. 

Katanya, kebakaran yang sejak kebelakangan ini menjadi ancaman di negara itu adalah risiko ekologi yang boleh dikenal pasti dan dicegah.

“Risiko itu berkait rapat dengan perubahan landskap, penguasaan ruang, aktiviti berasaskan permit, kerosakan ekosistem gambut dan kelemahan usaha pencegahan serta pengawasan di kawasan berisiko kebakaran,” katanya.

Galang yang merupkan ketua pertubuhan alam sekitar itu berkata, kesan kebakaran hutan dan alam sekitar itu  tidak terhenti pada kawasan yang terbakar. 

Asap yang terhasil memberi kesan langsung kepada kesihatan dan aktiviti masyarakat. 

Berdasarkan data Jabatan Kesihatan Kota Palembang, sebanyak 17,434 kes jangkitan saluran pernafasan akut (ISPA) direkodkan dalam kalangan penduduk Palembang sepanjang September lalu.

Menurut Galang, jumlah kes ISPA itu menunjukkan kegagalan kerajaan melindungi hak rakyat terhadap udara yang baik dan sihat seperti diperuntukkan dalam Perkara 28H ayat (1) UUD 1945, menyatakan setiap orang berhak hidup sejahtera dari segi fizikal serta mental, mempunyai tempat tinggal selain mendapat persekitaran baik. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini