Dua suspek kes buli SMK Za'aba tiba di mahkamah

Dua suspek kes buli SMK Za’aba tiba di mahkamah

DUA suspek kes kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril tiba di Mahkamah Majistret Kuala Pilah pagi ini bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Dua suspek kes kematian pelajar tingkatan cua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’aba di sini tiba di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kenderaan polis yang membawa kedua-dua suspek, masing-masing berusia 16 tahun, tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.45 pagi.

Kedua-dua suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan berhubung kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan pada 25 September lalu sebelum disahkan meninggal dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN